25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perintah larangan Jalan Tapah- Cameron Highlands, kuatkuasa bulan depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERINTAH larangan terhad laluan Persekutuan 59 (FT59), Jalan Tapah – Cameron Highlands bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di laluan tersebut dijangka berkuatkuasa pada bulan depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan proses pewartaan Larangan Terhad dilaluan tersebut.

“Walau bagaimanapun, larangan tersebut belum lagi dikuatkuasakan melalui Perintah dan diwartakan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan.

“Dijangka Perintah berkenaan berkuatkuasa ialah pada bulan Jun 2023,” katanya di Dewan Rakyat.

Alexander berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (Raub) pada sesi Kamar Khas KKR berkaitan isu larangan pemanduan barangan dan sayuran di Cameron Highlands pada hujung minggu.

Beliau berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Persekutuan telah dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa Menteri Kerja Raya sebagaimana dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10 Senarai 1 –Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan).

“Oleh itu, hal-hal berkaitan jalan tersebut termasuklah kuasa menyekat penggunaan kenderaan-kenderaan di jalan tersebut sebagaimana dalam seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] adalah tertakluk di bawah kelulusan Menteri Kerja Raya.

Advertisements

“Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang Ke-26/2022 pada 6 Julai 2022 berkenaan, maka Kerajaan Negeri Pahang telah mengemukakan permohonan kepada Menteri Kerja Raya supaya resolusi tersebut dapat dikuatkuasakan.

“Oleh yang demikian, KKR akan melaksanakan resolusi tersebut berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang Ke26/2022,”katanya.

Sementara itu, katanya, berhubung isu laluan alternatif KKR telah membentangkan hasil Kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands, Pahang untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di Cameron Highlands.

“Daripada hasil kajian tersebut, kerajaan telah meluluskan dua projek iaitu projek menaik taraf jalan dari bulatan McDonald ke Persimpangan
Brinchang / Time Tunnel dan membina One Way Loop di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang dengan anggaran kos sebanyak RM142.92 juta.

“Sementara, projek kedua iaitu projek membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron
Highlands, Pahang dengan kos sebanyak RM480 juta,”katanya. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan