24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Inter hidupkan peluang ke UCL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Itali, Inter Milan menghidupkan peluang ke saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Lazio 3-1 di San Siro, malam tadi.

Skuad bimbingan Nerazzurri itu memerlukan kemenangan ke atas Lazio bagi merebut slot ke Eropah sementara pelawat perlu menang bagi mengekang Napoli daripada meraikan kejuaraan Serie A lebih awal.

Lazio yang dibimbing Maurizio Sarri terlebih dahulu di depan pada minit ke-30 apabila Felipe Anderson memanfaatkan kesilapan pertahanan Inter, Francesco Acerbi sebelum melepaskan rembatan melepasi kawalan Andre Onana.

Inter melakukan beberapa percubaan berbahaya menerusi Henrik Mkhitaryan dan Nicolo Barella namun gagal menterjemahkannnya dengan jaringan pada babak pertama.

Tindakan Simone Inzaghi membawa masuk Denzel Dumfries dan Lautaro Martinez tampak membuahkan hasil di babak kedua.

Advertisements

Martinez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 sebelum Robin Gosen meletakkan Inter di depan lima minit kemudian apabila menyudahkan hantaran cantik Romelu Lukaku.

Martinez melengkapkan kemenangan 3-1 Inter pada minit ke-90 sekali gus melonjakkan skuad biru hitam itu ke tangga keempat Serie A dengan 57 mata.

Kedudukan Inter itu masih belum selamat kerana dua lagi kelab yang berada di tangga keempat dan kelima, AC Milan dan AS Roma turut mengumpul 57 mata namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Kemenangan Inter ini secara tidak langsung membantu Napoli untuk meraikan kejayaan menjuarai Serie A lebih awal jika mampu menewaskan Salernitana hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan