31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

City kembali ke puncak EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City memintas Arsenal untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Februari selepas menewaskan Fulham, 2-1 di Craven Cottage malam tadi.

Ini merupakan kemenangan kelapan berturut-turut skuad The Citizens musim ini sekali gus meletakkan mereka satu mata di atas Gunners dan kurang beraksi satu perlawanan.

Dalam aksi di London, City dihadiahkan sepakan penalti seawal minit ketiga selepas pertahanan Fulham, Tim Ream menjatuhkan Julian Alvarez dalam kawasan penalti.

Penyerang prolifik dari Norway, Earling Haaland tidak mempunyai masalah menyempurnakan sepakan penalti apabila menyepak rendah ke sebelah kanan gawang sekali gus menewaskan Bernd Leno.

The Cottages bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit-15 apabila Vinicius bijak melepaskan sepakan voli menarik melangkaui Ederson di gawang City.

Advertisements

Alvarez kembali meletakkan City di depan pada minit ke-36 selepas penyerang dari Argentina itu menyudah hantaran Riyad Mahrez menerusi rembatan ke penjuru kiri gawang dari dalam kawasan penalti.

Tiada tambahan jaringan dihasilkan pada babak kedua dan tiga mata penuh yang dikutip anak buah Pep Guardiola meletakkan skuad itu di landasan terbaik menjuarai liga musim ini.

City kini mengumpul 76 mata daripada 32 perlawanan dan mempunyai perbezaan jaringan besar yang mungkin akan membantu dalam penentuan kejuaraan EPL.

Pencabar, Arsenal pula akan turun awal pagi Rabu melayan kunjungan Chelsea di Stadium Emirates. Sebarang keciciran mata pastinya akan menjejaskan peluang sama ada Gunners atau The Citizens. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan