30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kenyataan Khalid: Amanah mohon maaf kepada UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub membuat permohonan maaf di hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi partinya, Khalid Abdul Samad.

Permohonan maaf itu dibuat Salahuddin di kediaman rasmi Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri hari ini.

“Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah mohon maaf atas kenyataan ketua komunikasi Amanah (Khalid) baru-baru ini dan sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO maka kami minta maaf, yang penting bagi saya adalah memperkukuhkan kedudukan kita dalam kerajaan dan rakyat.

“Kami sibuk sekarang menyelesaikan isu rakyat dan kita sedang berdepan dengan enam PRN, jadi kita beriltizam memperkukuhkan jentera, ukhuwah kita dan kekuatan parti kita bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Itu lebih penting bagi saya dan sebarang ketelanjuran itu biasa bagi orang politik,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Seri Satria.

Advertisements

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, apa yang berlaku disebabkan keterlanjuran Khalid dan Amanah tidak malu memohon maaf.

“Kadang-kadang kita terlanjur dan tak ada malunya untuk kita mohon maaf sekiranya melukakan dan harap isu ini dapat diselesaikan,”katanya sambil memaklumkan Najib berhak memohon pengampunan.

Ditanya sama ada Khalid akan dikenakan tindakan oleh lembaga disiplin Amanah, Salahuddin berkata tiada keperluan berbuat demikian dan ia cukup sekadar membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebelum ini, Khalid berkata pihaknya merayu agar permohonan pengampunan terhadap bekas presiden UMNO itu ditolak.

Kenyataan Khalid mendapat kritikan pemimpin UMNO.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan