26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UMNO perlu hormati pendirian Amanah – Khalid

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

UMNO diminta menghormati pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, pandangan berbeza berhubung isu ini tidak seharusnya mengeruhkan hubungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di bawah kesepakatan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diberi keutamaan berbanding perbezaan pendapat berhubung isu-isu khusus seperti pembebasan Najib dari penjara.

“Kita akui Najib adalah individu berjasa bagi UMNO, jadi kita menghormati pendirian mereka (gesaan membebaskan Najib).

“Tetapi mereka (UMNO) perlu menghormati pendirian kita yang berbeza (iaitu) untuk tidak mengampunkan Najib,” katanya seperti dilapor Harapan Daily.

Advertisements

Ujar Khalid lagi, Kerajaan Perpaduan terdiri daripada blok parti yang mempunyai perbezaan pemahaman politik, prinsip agree to disagree perlu dirai bagi mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan dalam memulihkan negara.

“Kerjasama ini terdiri daripada pelbagai parti dan kita berkongsi satu citra yang lebih besar iaitu pentabiran yang bersih, cekap dan berkesan serta keselesaan rakyat.

“Oleh itu, persamaan tersebut perlu mengatasi perbezaan dalam isu-isu tertentu,” ujarnya.

Sebelum ini, Khalid merayu supaya permohonan pengampunan terhadap bekas Presiden UMNO itu ditolak.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berpandangan, pengampunan untuk Najib akan menghantar mesej sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan