27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 5, 2023

Guna aplikasi WeChat, dapat khidmat pelacuran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 41 warga asing termasuk tujuh pelacur ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dalam dua operasi berasingan di sekitar Bandaraya Melaka yang berakhir pagi tadi.

Pengarah Imigresen negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, menerusi Ops Gegar, pihaknya telah menyerbu beberapa hotel bertaraf tiga bintang di sekitar Melaka Raya kerana terdapat wanita warga asing menawarkan aktiviti yang tidak bermoral.

“Bertindak atas risikan yang dijalankan,
pihak Imigresen telah membuat serbuan dan hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bilik-bilik yang didiami oleh wanita warga asing dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral melalui aplikasi weChat.

“Daripada siasatan lanjut mendapati, sindiket ini mengenakan bayaran antara RM230 hingga RM800 mengikut kepada pakej perkhidmatan yang ditawarkan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa bungkusan kondom, minyak pelincir dan telefon bimbit telah dirampas dalam serbuan itu dipercayai bagi tujuan aktiviti tidak bermoral,”katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, menerusi Ops Mahir Anirwan berkata, sasaran serbuan adalah ke atas sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian Bukit Rambai.

Kata beliau, daripada pemeriksaan menyeluruh ke atas kilang tersebut disyaki menggaji pekerja warga asing secara haram.

Baca juga:   KKM keluar garis panduan baharu kuarantin pengembara

“Dengan keadaan kilang yang bertutup rapat dan dikelilingi pagar didapati bagi mengelak aktiviti tersebut dihidu pihak penguatkuasa.

“Bagaimanapun ketika serbuan dijalankan, hampir kesemua pekerja warga asing panik dan bertempiaran lari ke arah kawasan semak untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

Baca juga:   Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, "mak ayam" ditangkap

“Ada yang sanggup berlari menuju semak belukar dan ada memanjat tembok menyeberangi ke kilang bersebelahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah hingga ada yang mengalami kecederaan di kaki akibat terpijak pagar zink.

“Seramai 39 orang pekerja warga asing yang bekerja ketika itu telah diperiksa lanjut dan seramai 33 orang warga asing ( 31 lelaki dan 2 wanita ) berjaya ditahan,”katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti dalam operasi penguatkuasaan ini adalah masuk dan tinggal di Malaysia secara haram dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, kesalahan tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Pemilik kilang tersebut telah dikeluarkan saman untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Ujar beliau, secara keseluruhannya seramai 60 orang warga asing telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan seramai 41 orang warga asing terdiri warganegara (23) Myanmar, (6) Thailand, (05) China, (5) Indonesia dan (2) Bangladesh yang berumur lingkungan antara 19 hingga 43 tahun.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Melaka untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,”katanya.

Menurutnya, JIM akan mengambil tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang terlibat melakukan kesalahan dan mencabar undang-undang negara.

“Orang ramai diminta supaya terus menyalurkan maklumat tentang PATI supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan secara berterusan,”katanya.

Baca juga:   Masalah rakyat belum selesai, jangan kerap sangat pilihan raya
Baca juga:   Penempatan PATI siap kemudahan sekolah diserbu

Operasi Penguatkuasaan berkenaan telah dijalankan bermula pada jam 11 pagi semalam dan tamat sekitar jam 2 pagi hari ini dengan kekuatan seramai tiga pegawai bersama 20 anggota. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh...

Lagi Artikel Berkaitan