30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 22, 2024

Jam Swatch dirampas bukan kerana warna tapi isu LGBT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan serbuan pihak berkuasa ke atas kedai Swatch baru-baru bukanlah mengenai warna jam tangan yang dijual di kedai berkenaan, sebaliknya berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai butiran mengenai kes itu dan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan.

“Biar KDN menjelaskan kerana saya tidak mempunyai butiran. Kecuali fakta bahawa ia bukan mengenai isu warna tetapi isu bahawa ia (mewakili lambang) LGBT,”katanya.

Terdahulu Anwar menghadiri perayaan Islam Selangor di Shah Alam hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas serbuan terhadap kedai Swatch kerana mempamerkan koleksi Pride di seluruh negara, yang berlaku pada 13 Mei dan 14 Mei lalu.

Advertisements

Sementara itu, mengenai isu pengunaan kalimah Allah, Anwar berkata, ia tidak seharusnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tindakan kerajaan menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah “Allah” dibuat selepas perkara itu dirujuk kepada pandangan mufti-mufti serta titah Raja-Raja Melayu.

Katanya, hal berkenaan sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan. 

“(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

6 syarikat pemula tempatan terima pelaburan lebih RM750,000

SEBANYAK enam syarikat pemula (startup) telah dipilih untuk menerima pelaburan berjumlah RM750,000 daripada firma modal teroka, Nexea. Kesemua syarikat terbabit...

Lagi Artikel Berkaitan