31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemandu SUV punca kemalangan dikenakan saman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMANDU sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V yang menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, Petaling Jaya pada 3 Mei lalu sudah dikenakan saman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video kemalangan berdurasi 2 minit sembilan saat yang berlaku jam 7.10 pagi, Rabu lalu membabitkan SUV tersebut dan motosikal jenis Yamaha tular di media sosial.

“Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan SUV itu atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,”katanya.

Berdasarkan rakaman video berdurasi dua minit sembilan saat menunjukkan Honda HRV bergesel dengan sebuah motosikal Yamaha yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak berhenti dan meneruskan perjalanannya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan