32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Bekalan gula di Kelantan pulih 98%

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKALAN gula di Kelantan pulih 98 peratus setakat ini, selepas 263 pemborong dan peruncit serta 17 pasar raya di seluruh negeri berkenaan telah menerima bekalan gula daripada enam pemborong utama.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata, pemeriksaan dan pemantauan oleh pasukan Task Force KPDN Kelantan dalam Ops Manis 2023 mendapati setakat hari ini, pasar raya utama yang terpilih iaitu semua cawangan Mydin telah menerima bekalan gula.

“Manakala pasar raya yang mengambil bekalan dengan Distribution Centre (DC) seperti Econsave, Aeon Mall, Giant dan Lotus masih lagi mempunyai bekalan tapi tidak mampu memenuhi permintaan setempat dan menunggu penghantaran dari pihak DC mereka.

“Sebanyak 34 premis telah diperiksa dalam Ops Manis dan bekalan didapati telah diterima di kebanyakan premis yang diperiksa selain tiada pembelian panik oleh pengguna serta tiada aktiviti sorok dikesan sepanjang pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, setakat ini pihaknya menerima 17 aduan membabitkan sembilan aduan mengenai ketiadaan bekalan gula, tiga aduan berkaitan enggan menjual, dua aduan menyorok bekalan dan tiga aduan mengenai harga mahal.

“Kesemua aduan ini sedang disiasat dan ada yang telah diselesaikan terutamanya membabitkan aduan ketiadaan bekalan.

“KPDN Kelantan telah membuat penyelarasan dan penghantaran terus kepada premis yang ketiadaan bekalan bagi memastikan keberadaan barang kawalan kepada pengguna,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan