29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan sedang berusaha bawa Jho Low pulang – PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedang berunding dengan beberapa negara bagi mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Perdana Menteri mengesahkan ada rundingan secara diplomatik berhubung perkara itu dijalankan dengan beberapa negara untuk membawa pulang Jho Low dengan segera.

“Namun, kita tidak pernah mendedahkan ia dengan negara mana. Kita tahu kedudukan di mana dia (Jho Low) berada, dan kita berunding bagi mempercepatkan proses,” lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media media selepas merasmikan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah sempena sambutan ulang tahun ke-75 persatuan itu di ibu negara hari ini.

Advertisements

Namun, Anwar mengakui proses membawa Jho Low adalah rumit kerana ia bukan melibatkan Malaysia malah rundingan dengan banyak negara iaitu perkhidmatan perisikan, Polis Antarabangsa serta lain-lain agensi. 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengulas laporan yang dibuat bekas wartawan Wall Street Journal, Bradley Hope bahawa Malaysia sedang berunding dengan China bagi mengekstradisi Jho Low.

Beliau yang juga Pengarang bersama buku ‘Billion Dollar Whale’ mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), berkata rancangan itu sedang dibincangkan kerajaan susulan lawatan Anwar ke China, bulan lalu. 

Dakwaan itu diterbitkan dalam edisi buletin Whale Hunting hari ini, yang dikendalikannya bersama rakan wartawan, Tom Wright. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan