Wednesday, July 22, 2026

Lelaki tanpa identiti maut dirempuh komuter

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tanpa dikenali identiti maut selepas dilaporkan dilanggar komuter di landasan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seputeh semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, setakat ini, polis belum dapat sahkan identitinya.

“Mangsa berambut pendek dan berpakaian baju dan seluar berwarna hitam,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan