27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

UEL: Juventus mara ke separuh akhir

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JUVENTUS layak ke separuh akhir Liga Europa (UEL) meskipun terikat 1-1 dengan Sporting CP pada perlawanan suku akhir kedua di Estadio Jose Alvalade,awal pagi tadi.

Pasukan gergasi Serie A itu memperoleh kelebihan agregat 2-1 susulan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama di laman sendiri minggu lalu.

Juventus turun beraksi dengan tonik terbaik selepas hukuman pemotongan 15 mata yang dikenakan ke atas mereka dalam saingan Serie A kini ditunda.

Adrien Rabiot membuka jaringan seawal minit kesembilan untuk Juve menggandakan agregat gol mereka. 

Jaringan pemain tengah Perancis itu menggandakan kelebihan skuad kendalian Massimiliano Allegri setelah jaringan Federico Gatti memberikan kelebihan tipis dalam perlawanan pertama di Stadium Allianz.

Advertisements

Sporting enggan menyerah kalah setelah Marcus Edwards kemudian segera menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti selepas Rabiot didapati mengasari Manuel Ugarte pada minit ke-20.

Bianconeri kebakmempertahankan kelebihan satu gol itu sehingga ke wisel penamat untuk layak ke separuh akhir.

Kejayaan ini merupakan kali pertama Juventus beraksi di separuh akhir kejohananan Eropah sejak musim 2016-17.

Juventus akan berdepan cabaran Sevilla yang menyingkirkan Manchester United dalam satu lagi aksi suku akhir bagi penentuan ke final. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan