29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

UEL: Bayer Leverkusen menang besar

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BAYER Leverkusen mencatatkan kemenangan besar ke atas Union Saint-Gilloise 4-1 sekaligus separuh akhir Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.

Kejayaan ini meneruskan kemaraan ke separuh akhir buat kali pertama di pentas eropah setelah 21 tahun dengan kelebihan agregat 5-2.

Skuad kendalian Xabi Alonso berada di hadapan melalui jaringan awal Moussa Diaby di minit kedua.

Mitchel Bakker memastikan pasukan pelawat itu berkelebihan dua gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bakker kemudian memainkan peranan penting untuk gol ketiga Leverkusen, di mana tekanan yang dilakukannya memaksa penjaga gol, Anthony Moris, melakukan kesilapan dihukum Jeremie Frimpong mudah menolak masuk bola ke gawang yang sudah tidak dikawal.

Union merapatkan kedudukan hasil sentuhan penyudah Casper Terho tetapi ia sekadar menjadi gol sagu hati.

Adam Hlozek menjaringan satu lagi gol buat Leverkusen di penghujung permainan.

Kemenangan ini menyaksikan Leverkusen mara ke separuh akhir kejohanan peringkat Eropah buat kali pertama sejak layak ke peringkat itu dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2002. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan