26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Seria A: Gol Saelamaekers di masa kecederaan kecewakan Roma

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GOL penyamaan Alexis Saelamaekers pada minit ke-97 menggagalkan AS Roma untuk meraih tiga mata penuh dan dalam perlawanan Serie A di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Keputusan ini memberikan AC Milan satu mata berharga sekali gus kekal berada dalam kelompok empat teratas dalam saingan merebut slot Liga-Liga Juara Eropah (UCL) musim depan.

Milan turun ke perlawanan itu dengan berada  kedudukan keempat mendahului satu tangga atas Roma namun hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Perlawanan dilihat agak seimbang  memandangkan aksi hambar yang dipamerkan kedua-dua pasukan itu di depan gawang.

Tammy Abraham memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pembukaan buat Roma. 

Jaringan itu dilihat akan memberikan kemenangan untuk pasukan bimbingan Jose Mourinho itu memintas pasukan pelawat berkenaan.

Namun, Saelamaekers bertindak sebagai penjaring gol penyamaan Milan pada saat-saat terakhir sekaligus mencetuskan dramatik di minit akhir perlawanan.

Milan kini melebarkan rekod tanpa kalah ke atas Roma dalam saingan Serie A kepada tujuh perlawanan berturut-turut.

Milan dijadualkan akan bertemu Cremonese pada Khamis depan sementara Roma pula akan bertandang ke Monza untuk perlawananan seterusnya membabitkan kedua-dua pasukan. – Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan