24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Toulouse juara Coupe de France

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TOULOUSE melakar kejayaan trofi utama mereka dengan penuh bergaya selepas membelasah Nantes 5-1 dalam final Coupe de France, awal pagi tadi.

Dua jaringan Logan Costa dan Thijs Dallinga meranapkan impian Nantes  untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu.

Pesta gol Toulouse bermula seawal minitCosta, melompat tinggi untuk menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Branci van den Boomen.

Costa menggandakan kelebihan buat Toulouse hasil hantaran Stijn Spierings melalui situasi sepakan percuma.

Advertisements

Toulouse  menambah satu lagi jaringan melalui Dallinga meluru mendapatkan hantaran Suazo untuk menewaskan Alban Lafont pada minit ke-23.

Dallinga menemui gol kedua peribadinya dengan menolak masuk bola muntah susulan percubaan awal Fares Chaibi.

Kapten Nantes, Ludavic Blas, menghidupkan peluang Nantes untuk sekurang-kurangnya masih dalam saingan dengan menyudahkan sepakan penalti selepas Rasmus Nicolaisen menjatuhkan Fabien Centonze di 15 minit terakhir perlawanan.

Zakaria Aboukhlal melengkapkan kemenangan Toulouse untuk mengesahkab trofi milik mereka melalui jaringan terakhir perlawanan final itu pada minit ke-79. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan