Sunday, June 14, 2026

Polis tahan Roslizal disyaki buat ciapan perkauman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah menahan individu yang dikehendaki ekoran ciapan di Twitternya yang berunsur perkauman dan boleh menjejaskan ketenteraman baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, Roslizal Razali, 46, ditahan jam 6.30 petang semalam di Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, perintah reman akan dibuat hari ini.

Individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Dalam masa yang sama, suspek tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Skandaguru berkata, suspek direman hari ini sebelum tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, suspek adalah individu yang dikesan polis sejak 6 April yang lalu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan