26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

1,000 bekas bubur lambuk diedar kepada pelajar PUO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada kakitangan dan para pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) melalui Program Imarah Ramadan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (IMRAN) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Politeknik.

Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong antara kakitangan PTPTN, kakitangan PUO, Koperasi PUO Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para pelajar dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelajar dan masyarakat setempat.

PUO merupakan salah satu daripada 14 IPT/Politeknik terpilih dibawah program CSR PTPTN bagi tahun 2023.

Menurut Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohd Rusdi Ismail, IMRAN yang merupakan kesinambungan sejak tahun 2021, diteruskan atas faktor sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Katanya, sejak berlangsung pada 28 Mac lalu, dianggarkan sebanyak 13,400 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada warga IPT, Politeknik serta masyarakat setempat.

“Program IMRAN di IPT dan Politeknik merupakan program signature di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan sejak 2021.

“Kita mahu ubah tanggapan orang ramai bahawa PTPTN ini pemberi pembiayaan semata-mata, tetapi kami juga ada khidmat masyarakat dengan CSR seperti ini.

“Program ini antara lain bertujuan menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat terutama para pelajar IPT dan mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh rahmat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohd Rusdi Ismail dan Pengarah Negeri PTPTN Perak, Andi Nurali.

Dr. Shamsuri berkata, PUO turut menyambut baik sumbangan CSR ini dan berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dalam melahirkan generasi yang berketerampilan, mengeratkan silaturrahim di antara PTPTN dan warga PUO serta memperkukuh budaya saling membantu di kalangan masyarakat. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan