33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Ops Pantau: 374 peniaga dikompaun berjumlah RM60,200

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 374 peniaga dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM60,200 sepanjang Ops Pantau 2023 yang bermula 23 Mac sehingga 21 April lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, sebanyak 66,701 premis telah diperiksa di seluruh negara dalam tempoh tersebut.

Katanya, sebanyak 1,127 aduan telah diterima daripada pengguna dalam tempoh yang sama.

“KPDN akan terus menggiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan setiap hari di seluruh negara.

“Semua peniaga diingatkan agara terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan meskipun Ops Pantau 2023 telah tamat tempoh pelaksanaannya bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas,” katanya hari menerusi kenyataan hari ini.

Ops Pantau 2023 dilaksanakan KPDN sepanjang Ramadan bagi memastikan pengguna mudah mendapatkan bekalan makanan serta barangan keperluan harian lain pada harga yang munasabah.

Advertisements

Operasi itu antara lain bertujuan memastikan tahap pematuhan yang tinggi semua peniaga serta mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif di samping membantu rakyat Malaysia MADANI mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup terutamanya sepanjang bulan Ramadan lalu dan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemantauan itu dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian. 

Sementara itu, beliau berkata, kementerian mengucapkan terima kasih kepada peniaga yang sentiasa memberikan kerjasama dan mematuhi perundangan yang ditetapkan kerajaan.

“Kes pada tahun ini juga menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya.

“Pengguna juga dinasihatkan agar terus mengamalkan sikap berjimat-cermat selain merancang perbelanjaan harian bagi mengelakkan daripada dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

49 pelajar tempatan, antarabangsa sertai program anak angkat

EMPAT buah kampung di Mukim Belanja, Parit di Perak baru-baru ini menerima 49 anak angkat terdiri daripada mahasiswa tempatan...

Lagi Artikel Berkaitan