27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

19 kediaman sementara tempatkan kakitangan SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menyediakan 19 unit kediaman bagi menempatkan semua kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keluarga mereka yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamad berkata, kediaman itu disediakan berhampiran dengan akademi berkenaan selain beberapa kemudahan kerajaan lain turut digunakan untuk memastikan operasi akademi tersebut terus berjalan lancar.

“Saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Datuk Seri Hasnol Zam Zam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) (Zulkipli Nasri) buat keputusan untuk beri kemudahan penginapan kepada mereka yang terlibat.

“Jadi kita sediakan 19 rumah untuk pindahkan mereka ke kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka tinggal di sini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi runtuhan di sini hari ini.

Sebelum ini, MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari, Selasa lepas.

Advertisements

Ia melibatkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai yang dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat.

Sementara itu, Zulkapli berkata, satu jalan alternatif juga dibina buat sementara waktu bagi memudahkan pegawai terlibat menjalankan tugas seperti biasa serta untuk mengeluarkan kenderaan MACA dari kawasan akademi itu dengan kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dua minggu.

Selain itu, katanya, kerja-kerja pemasangan alat pengesan pergerakan tanah di lokasi runtuhan dilakukan bermula hari ini bersama-sama kerja-kerja pembersihan runtuhan.

“Kita akan pasang sensor untuk pantau sama ada pergerakan tanah atau tidak. Dari situ kita akan buat reka bentuk yang betul dan dalam sesingkat mungkin akan cuba buat balik akses sebagaimana sedia ada… bergantung kepada keadaan tanah,” katanya.

“Penilaian dan analisis bersama JKR dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam mengekalkan keputusan siasatan awal sebelum ini yang mendapati punca kejadian pada Selasa lepas adalah disebabkan dua faktor utama iaitu takungan air di sebelah pagar MACA serta kebocoran paip di bawah tanah yang telah berusia 40 tahun. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan