24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Maritim Malaysia pindah penumpang kapal alami strok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sembilan dan Melaka melakukan melakukan pemindahan perubatan (medevac) ke atas penumpang kapal persiaran yang diserang angin ahmar.

Pengarahnya, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengenai kejadian yang melibatkan wanita warga Indonesia, Hon Siu Fung.

Katanya, penumpang kapal Spectrum Of The Seas tersebut mengalami strok semasa dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Singapura.

“Bot Petir 91 yang sedang membuat rondaan rutin di kawasan sekitar telah diatur gerak ke lokasi kapal lebih kurang 3.8 batu nautika barat daya Port Dickson.

Advertisements

“Setiba di lokasi, mangsa berada dalam keadaan lemah dan perlu dibawa ke hospital dengan kadar yang segera.

“Mangsa berusia 66 tahun dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dan dibawa ke Jeti Jabatan Laut, Port Dickson pada pukul 10 malam dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Iskandar berkata, selain tugas berkaitan penguatkuasaan undang-undang di laut, Maritim Malaysia turut membantu masyarakat atau komuniti maritim membuat penerbangan atau pelayaran ihsan bagi kes kecemasan di laut dan pemindahan perubatan.

Sebarang kecemasan di laut, sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 yang beroperasi 24 jam. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan