26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Empat kes penyeludupan minyak diesel dipatahkan

Membabitkan jumlah rampasan sebanyak lebih 87,000 liter dan bernilai lebih RM200,000 di Kedah dan Perlis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan empat kes penyeludupan minyak diesel, dengan tiga kes di Perlis dan satu kes di Kedah sehingga Mac lalu.

JKDM menerusi kenyataan berkata, jumlah rampasan di Perlis adalah sebanyak 4,340 liter dengan nilai RM9,331.00.

“Manakala di Kedah sebanyak 83,000 liter dengan nilai RM209,041.00.

“Ini hasil kerjasama erat JKDM dengan Kastam Thailand dalam mengekang aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran seperti JKDM Perlis bekerjasama dengan Padang Besar Customs House dan Wang Prachan Customs House.

“Bagaimanapun tindakan yang biasa seperti sekatan jalan raya akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran dan mewujudkan unsur kejutan dalam pengoperasian pengimportan dan pengeksportan yang tidak hanya tertumpu kepada komoditi minyak diesel sahaja,”katanya.

JKDM berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis juga telah mengeluarkan larangan bagi pengisian minyak diesel dan petrol bersubsidi bagi kenderaan berpendaftaran Thailand.

“Namun begitu, terdapat inisiatif lain di mana kenderaan-kenderaan ini hanya dibenarkan mengisi minyak diesel tanpa subsidi di dua stesen minyak sahaja di negeri Perlis iaitu di Padang Besar & Wang Kelian.

Pada masa yang sama JKDM berkata, pihaknya juga telah memperketatkan keperluan dokumen yang lengkap terutamanya kes-kes lori yang mengeksport minyak ini.

Advertisements

Katanya, JKDM sememangnya sentiasa bekerjasama dgn KPDN bagi penyemakan kesahihan dokumen.

“Kastam Thailand juga akan memeriksa mana-mana kenderaan yang masuk ke atau keluar dari Thailand bagi memastikan tiada tangki tambahan pada kenderaan tersebut.

“Sekiranya sewaktu ditahan terdapat muatan minyak diesel di dalam tangki tambahan tersebut, tangka akan dipotong dan dirampas oleh pihak Kastam Thailand.

“JKDM akan terus bekerjasama dengan Kastam Thailand supaya kenderaan tersebut tidak
dibenarkan meneruskan perjalanan dari Thailand.

“Sekiranya aktiviti penyeludupan ini dapat dihidu, JKDM dan Kastam Thailand akan sentiasa segera bertindak bersama,”katanya.

Dalam pada itu, JKDM berkata, pihaknya sedang dalam rangka menyiapkan SOP operasi bersama Kastam Thailand supaya lebih tersusun dan terancang berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan.

Sehubungan dengan itu, JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Kerjasama daripada orang ramai amat diharapkan agar kita bersama-sama dapat membanteras kegiatan penyeludupan,”ujar JKDM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan