32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Maritim dan Kastam perkasa hubungan menerusi ‘Operasi Kasmar’

Mesti Baca

DALAM memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara, Maritim Malaysia dan JKDM mencapai kata sepakat untuk bersama-sama membentuk satu jaringan kerjasama strategik.

Menerusi Operasi Kastam dan Maritim Malaysia, badan ini mencapai kata sepakat dengan mengadakan kerjasama yang diberi nama ‘Operasi Kasmar’.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin berkata, faktor yang menjadi asas perbincangan adalah memantapkan penguatkuasaan undang-undang persekutuan di bawah AKTA KASTAM 1967.

“Perbincangan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada di antara Maritim Malaysia dan Kastam seperti aspek operasi meliputi elemen perisikan, prosedur tetap operasi (PROTAP), mewujudkan markas operasi bersama (MOB) terutamanya ketika melaksanakan sesuatu operasi khas.

“Dalam perbincangan dan kerjasama yang dijalankan, kedua-dua agensi juga bersetuju untuk memantapkan peranan Maritime Command Centre (MCC) dan Sistem Awasan Laut Maritim (SWASLA) dengan menempatkan beberapa pegawai JKDM disamping memanfaatkan penggunaan bersama fasiliti dan aset-aset operasi di kedua-dua agensi,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Hadir pada perbincangan kerjasama itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/ Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad diiringi 13 Pegawai Kanan JKDM.

Selain itu, aspek pembangunan modal insan seperti meningkatkan keupayaan serta kecekapan pasukan khas JKDM iaitu COBRA bagi bersama-sama menjalani latihan komprehensif bersama Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) turut dibincangkan.

“Ini termasuklah memperkasakan peranan pusat latihan dan akademik iaitu Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL).

“Jaringan kerjasama ini dijangka akan memberi nilai tambah dan hasil positif kepada negara serta dapat menunjukkan keseriusan Maritim Malaysia dan JKDM dalam usaha menjaga dan memelihara keselamatan perairan negara,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan