31.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

PRN: Mengundi demi kestabilan ekonomi, keselesaan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri untuk keluar menunaikan tanggunjawab masing-masing, esok.

Anwar berkata, pengundi perlu memastikan wakil-wakil calon yang didukung untuk menerajui kerajaan negeri dan sebagai ahli Parlimen terdiri daripada mereka yang benar-benar layak.

“Semoga ia berjalan dengan lancar, baik dan tenang menjalankan dan menyempurnakan tanggungjawab. 

“Kepada pengundi-pengundi termasuk anak muda yang baharu mendapat peluang diberi hak untuk memilih,” katanya menerusi video berdurasi satu minit 51 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini.

PRN enam negeri akan berlangsung serentak esok bersama Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Advertisements

Seramai 9.67 juta pengundi dijangka akan menunaikan tanggungjawab di enam negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Sementara itu, seramai 122,160 orang pula layak mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Kuala Terengganu seperti yang dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas lanjut, Awnar turut menasihatkan pengundi-pengundi termasuk anak muda yang baharu mendapat peluang diberi hak untuk memilih untuk menunaikan tanggungjawab.

“Ambil tanggungjawab ini sebagai sesuatu yang serius untuk menjamin suatu kemajuan negara dan keamanan perpaduan rakyat seluruhnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Imigresen serbu ‘kawasan panas’, tahan 17 pendatang asing

SEBANYAK 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu operasi di 'kawasan...

Lagi Artikel Berkaitan