33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Isu minum arak, Buddha Siam gesa Syahir mohon maaf

Mesti Baca

Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman digesa membuat permohonan maaf terhadap Persatuan Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia (DPBSM) berhubung dakwaan sami Buddha membenarkan minum arak dalam agama itu.

Presidennya, Bon Soom Inong berkata, kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh Syahir itu mengguris hati masyarakat Siam di negara ini.

“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.

“Sila kelima di dalam Pancasila menyatakan, ‘Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami’ yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan.

“Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Syahir berkata demikian pada sesi Debat Model Ekonomi Baru dengan berkata, “sami Buddha menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha”.

Advertisements

Debat antara Syahir dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli itu telah disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro Awani.

Dalam pada itu, Bon berkata kenyataan itu telah melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini.

“Kami mendesak Syahir memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Masyarakat Siam dan menarik balik kenyataan beliau itu.

“ Jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.

“Kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya adalah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya adalah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.

“Ia adalah institusi yang neutral, tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya lagi.

Bon turut menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan