26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Maritim Malaysia komited lindungi aset strategik Petronas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkukuhkan kerjasama dalam melindungi maritim dan aset syarikat itu di perairan negara.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, susulan itu satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kedua-dua pihak hari ini.

“MoU ini bertujuan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama demi menjaga keselamatan maritim dan aset-aset strategik Petronas di perairan Malaysia.

“Maritim Malaysia dan Petronas akan memberangsangkan lagi kerjasama melalui inisiatif-inisiatif seperti di dalam bidang latihan dan operasi berasaskan kesediaan proaktif.

Advertisements
Maritim Malaysia dan Petronas menandatangani MoU bagi memperkukuhkan kerjasama dalam melindungi maritim dan aset syarikat itu di perairan negara di ibu negara hari ini. – Edisi 9

“Ini melibatkan risiko kepada aset-aset berkepentingan Petronas di dalam zon Maritim Malaysia agar tindakan pencegahan awal dapat diambil sebelum ianya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menghadiri sesi menandatangani MoU tersebut di ibu negara hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Petronas, Adnan Zainal Abidin dan Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan Petronas, Datuk Sri Zulkifli Abdullah.  

Saiful Lizan berkata, perjanjian tersebut memainkan peranan penting untuk mereliasasikan aspirasi pembangunan mampan industri minyak dan gas negara, di antara komponen untuk meningkatkan ekonomi negara.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan