31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki direman hina institusi raja

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Facebook berbaur penghinaan terhadap institusi beraja.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan ke atas lelaki tempatan berumur 49 tahun itu dibuat di Pendang, Kedah semalam.

Katanya, suspek yang disyaki membuat hantaran menggunakan akaun Facebook bernama ‘Tuk Chik’.

“Permohonan reman terhadap suspen di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 6 hingga 9 April 2023.

Advertisements

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PDRM mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam dan menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengana menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan