Thursday, June 4, 2026

MCMC siasat kandungan palsu sentuh institusi diraja

Kandungan dipercayai mengandungi dakwaan palsu kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap kandungan palsu menyentuh institusi diraja yang dimuat naik oleh seorang individu menerusi akaun Facebook miliknya.

MCMC berkata, kandungan tersebut dipercayai mengandungi dakwaan palsu kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara.

“Dakwaan tersebut telah mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara, serta kewibawaan Institusi Diraja,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Bagi membantu siasatan, MCMC telah merakam keterangan individu terbabit pada 2.30 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan palsu yang menyentuh Agama, Kaum dan Institusi Diraja (3R).

“MCMC kekal tegas dalam memastikan ruang siber tidak disalahgunakan untuk menyebarkan naratif palsu atau mengganggu proses demokrasi dan tadbir urus negara, sejajar dengan usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang serta keharmonian masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan