29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Syarikat China minat labur RM30 bilion bangunkan EV

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT besar China sedang meneliti kemungkinan untuk melabur secara besar-besaran di dalam projek pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, syarikat berkaitan teknologi itu menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia susulan perbincangan lanjut antara kementeriannya dengan beberapa syarikat berkaitan teknologi dalam lawatan rasmi ke China baru-baru ini.

“Sejumlah RM170 bilion berjaya dibawa pulang hasil lawatan rasmi ke China yang diketuai oleh Perdana Menteri, dan pelaburan yang membabitkan MOSTI mencecah RM30 bilion untuk membangunkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV),” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pengeluar kereta terbesar China menyatakan minat untuk berkolaborasi dengan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) bagi memajukan EV di negara ini.

Beliau berkata, syarikat itu terbukti mempunyai kepakaran dalam pengeluaran EV seperti ditunjukkan menerusi jenama Geely Zeekr yang dihasilkan sejak April 2021 lalu.

“Geely telah menunjukkan minat berkolaborasi mengguna pakai teknologi EV baharu untuk Proton dan ekosistem di Malaysia,” katanya selepas melawat kilang pengeluar Geely Zeekr di Hangzhou Bay Smart Plant di Ningbo City, China baru-baru ini.

Advertisements

Menurut Ling Kang, selain itu syarikat Shanghai DC Science juga menunjukkan minat untuk membuat pelaburan bagi membangunkan pusat data berprestasi tinggi yang pertama di Malaysia.

“Projek yang dianggarkn bernilai AS$600 juta (RM2.65 bilion) itu bakal dibangunkan di Johor dengan (melibatkan kawasan) seluas 8.09 hektar,” katanya.

Dalam rangka lawatan tersebut, Lih Kang berkata sebanyak 19 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua-dua negara yang membabitkan kerjasama perniagaan bidang teknologi hijau dan ekonomi digital.

“Antaranya ialah perjanjian DRB-Hicom Bhd bersama Zhejiang Geely Holding Group untuk pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automatif (AHTV) di Tanjung Malim.

“Pembangunan ini merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti yang meluas daripada Pusat R&D global berteknologi tinggi kepada kluster pembuatan untuk menyokong ekosistem industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan