26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ RM1,500

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS beberapa negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Hari Aidilfitri, hari ini giliran penjawat awam di Pulau Pinang pula mendapat khabar gembira daripada kerajaan negeri.

Ini susulan pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini.

Kon Yeow berkata, pembayaran BKK akan dibuat pada 17 April ini dan turut dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri. 

“BKK dianggarkan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10.95 juta namun ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri.

Advertisements

“Ini atas sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan pentadbiran negeri berada pada landasan yang tepat bagi merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya.

Dalam pada itu, BKK sebanyak RM300 turut disalurkan kepada warga pendidik di sekolah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan dan sebagainya.

“Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 masing-masing juga disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR) dan kakitangan SRAR, SMAR.

“Selain itu BKK turut diagihkan kepada kakitangan sekolah agama bantuan kerajaan, guru tahfiz, pondok dan tadika Islam serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan