PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi beliau selama empat hari ke China memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
Malah ujar Anwar, sambutan dan tumpuan yang diterima amat hebat dan luar biasa.
“Saya menganggap ini satu perkembangan sangat positif. Kunjungan ini ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
“Hubungan antara Malaysia dan China akan terus disemarakkan terutamanya di lapangan perdagangan dan ekonomi melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (Belt and Road Initiative, BRI) demi manfaat bersama,” katanya dalam Facebook hari ini.
Beliau turut berkongsikan menamatkan acara rasmi di Beijing yang mana acara itu adalah sebahagian dari upaya untuk menyegarkan kembali hubungan antara kedua-dua negara sahabat di era pasca-pandemik.
“Sekalung tahniah buat kesemua pihak yang terlibat dengan acara lawatan rasmi ini terutamanya pihak kedutaan Malaysia di Beijing dan pihak media tempatan yang komited dan berdedikasi menjayakannya demi rakyat dan negara tercinta,” katanya.
Lawatan rasmi berkenaan bermula sejak 29 March hingga 1 April (semalam).
-EDISI9