32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ahmad Maslan simpati pada Najib, doa kezaliman diangkat

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Pemuda UMNO, pemimpin parti itu terus menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk Seri Najib Razak yang kekal di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak pemohonan untuk semakan kehakiman dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan melahirkan simpati terhadap Najib Tun Razak susulan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada bekas presiden parti itu

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu juga berharap bekas perdana menteri tersebut dibebaskan daripada kezaliman.

Jelas Ahmad, beliau amat bersimpati terhadap Najib selepas membaca laporan akhbar yang bertajuk ‘Bekas PM tak diwakili secara sah, wajar dibebaskan’ berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebl.

Panel lima hakim yang bersidang yang dipengerusikan Abdul Rahman berpandangan, panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Najib.

Advertisements

Selain itu, Ahmad turut memohon orang ramai mendoakan Najib agar dibebaskan.

“Saya sangat simpati kepada Datuk Seri Najib Razak apabila membaca laporan Berita Harian pada 2 April ini.

“Sempena bulan Ramadan yang mana doa ikhlas kita dimakbulkan Allah, mohon titipkan sepatah dua doa agar Datuk Seri Najib dibebaskan. Moga kezaliman itu diangkat drpd bebanan yg menimpa beliau. Ya Allah, bantulah Datuk Seri Najib,” ciapnya di laman Twitter pada Ahad.

Semalam, Edisi 9 melaporkan Pemuda UMNO menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memberi keadilan sewajarnya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemudanya, Dr. Akmal Salleh berkata, gesaan itu dibuat dengan mengambil kira hujah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli ketika mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan