27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

EPL: United lonjak ke tangga ketiga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Inggeris, Manchester United memintas Newcastle United untuk berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 2-0 di Old Trafford malam tadi.

Pemain tengah, Scott McTominay meletakkan United di depan pada minit ke-36 apabila menyudahkan hantaran menarik Jadon Sancho.

Bruno Fernandes terlepas peluang menggandakan jaringan United pada minit ke-67 apabila tandukkannya ditepis keluar penjaga gol, Jordan Pickford.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag itu berjaya memperoleh gol kedua empat minit kemudian menerusi penyudah Anthony Martial.

Advertisements

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan pertahanan, Seamus Coleman yang gagal menahan bola dengan baik sebelum dirampas Marcus Rashford dan kemudiannya dilorongkan kepada Martial untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Kemenangan ini pastinya menjadi tonik terbaik buat United yang akan melayan kunjungan Sevilla bagi aksi suku akhir Liga Europa pada awal Jumaat nanti.

Selain itu, tiga mata ini cukup meletakkan United di posisi selesa bagi untuk perebutan slot ke Liga Juara Juara Eropah musim depan selepas dibezakan enam mata dengan pasukan di tangga kelima, Tottenham Hotspurs.

Bagaimanapun, kedudukan ini dijangka berubah sekiranya Newcastle yang beraksi lewat menang ke atas Brenford di Stadium Gtech Community. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan