32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Ahli Majlis Agama Islam, Hakim Syarie digesa terus amanah

Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Hakim Syarie Pulau Pinang di Hotel Shangri La Rasa Sayang, Pulau Pinang, hari ini.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab dan pelantikan mereka ke jawatan itu merupakan satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri Pulau Pinang.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan pelantikan itu dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada yang berkenaan, untuk meneruskan dan menegakkan Syariat Islam dengan sempurna.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pelantikan ini adalah besar maknanya dengan penuh tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk menguruskan pentadbiran agama Islam,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli MAINPP dan 17 Hakim Syarie.

Mengetuai penerima ahli MAINPP adalah Timbalan Ketua Menteri I Dato’ Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua MAINPP, diikuti Timbalan Yang Dipertua MAINPP Dato’ Dr Roslan Ahmad dan Ketua Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar.

Antara penerima watikah pelantikan Hakim Syarie termasuk Dato’ Muhamad Abdul Karim Wahab, Dato’ Mohd Amran Mat Zain dan Datuk Mohd Syukor Sahabudin.

Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda pada jam 9 pagi disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan