26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MRSC Kuching tamatkan Op Carilamat, mayat ditemui

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OP Carilamat ke atas seorang mangsa yang hilang di laut berdekatan Tanjung Jerijeh ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari tadi berikutan penemuan mayat mangsa pada malam semalam.

Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, pada jam lebih kurang 8.55 malam semalam, MRSC Kuching telah menerima panggilan dari bapa mangsa menyatakan penemuan objek disyaki mayat mangsa di ruang wheelhouse bot yang karam berkenaan semasa kerja-kerja pengapungan bot dilakukan.

“Bapa mangsa turut memaklumkan bahawa keperluan untuk dilakukan kerja selaman membawa keluar objek yang disyaki mayat berkenaan yang dikhuatiri terperangkap di bot tersebut.

“Sejurus mendapat maklumat tersebut, MRSC Kuching terus mengatur gerakkan aset dan menyalurkan maklumat kepada agensi sahabat. MRSC Kuching jua turut telah mendapatkan bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba Sungai Merah.

“Bagaimanapun, disebabkan cuaca di lokasi tidak mengizinkan serta jarak penglihatan terhad pada waktu malam, tim penyelamat diatur gerak pada pagi ini atas faktor keselamatan tim penyelamat.

Advertisements

“Sekitar jam 9.25 pagi tadi, tim penyelamat bersama pasukan penyelam telah tiba di lokasi dan mendapati mayat berkenaan telah berapung di permukaan air,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, tim penyelamat bersama ahli keluarga di lokasi telah mengangkat mayat berkenaan ke atas bot PSC 55 Pasukan Polis Marin dan berdasarkan pengecaman awal oleh waris, mayat berkenaan adalah mayat mangsa iaitu Wong Pak Wei.

“Pada jam 12.15 petang, tim penyelamat tiba di Jeti Terminal Tanjung Manis bersama mayat mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua agensi sahabat terlibat iaitu PDRM, JBPM, PGU, PPM, PPDA BOMBA Sg.Merah Sibu, LKIM Tg Manis Belawai, Klinik Kesihatan Tg Manis Belawai, PUSAKA Tg.Manis serta komuniti maritim yang telah bersama-sama dalam operasi carilamat mangsa bot karam yang telah berlangsung selama lima hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan