25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Tanah runtuh: Mayat mangsa terakhir dijumpai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, ditemui pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mayat ke-31 itu yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang tadi dari kawasan kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, pada jam 4.53 petang satu mayat kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa terakhir(ke-31) telah dijumpai di sektor A.

Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan adalah seramai 31 orang.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 5.52 petang.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari kesembilan bersambung sekitar pukul 8 pagi.

Operasi SAR hari ini difokuskan di sektor A (Hillview), dengan keanggotaan 80 di zon merah.

Baca juga:   Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-25 ditemui malam tadi

Jumlah keanggotaan keseluruhan di lokasi pencarian (Red Zone) ialah seramai 97 orang melibatkan JBPM (34), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (28), APM (8), SMART (3) dan (11) operator mesin.

Dalam tragedi pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 92 individu terlibat dengan 31 mangsa terkorban.

Sementara itu, 61 lagi dilaporkan terselamat. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan