36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM beri jaminan kembalikan takwim persekolahan pada Januari

Bagaimanapun, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun depan kerana perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Fadhlina Sidek yang memahami banyak pihak meminta supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementerian yang dinaunginya sedang berusaha ke arah itu

“Bagaimanapun, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun depan kerana perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

“Tidak dinafikan kita (KPM) banyak menerima permintaan supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.

“Jangan risau, kita akan balik semula (takwim persekolahan) kepada Januari, cuma pada ketika ini kita perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi berhubung perkara ini terlebih dahulu mengikut kepada Akta Pendidikan.

“Sebagai contoh jumlah hari bersekolah seperti dalam Akta Pendidikan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, disamping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam masa sama jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun.

“Selain itu, tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan