24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rakyat perlu mainkan peranan dalam pelihara keamanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAP rakyat perlu memainkan peranan yang ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban setiap kita untuk mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka.

“Mesej atau seruan yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbedaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang dan rahmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisements

Beliau berkata demikian sebagai ucapan sambutan Hari Krismas yang akan disambut masyarakat beragama Kristian esok.

Kata beliau, Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat setiap tahun.

“Semoga sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara Malaysia yang terbilang dan rakyatnya yang cintakan keadilan.

“Kepada yang pulang ke kampung halaman, saya seru untuk waspada dan berhati-hati di jalanraya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan