31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lelaki hilang ketika memukat ditemukan lemas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak semasa memukat di Pantai Telong, Bachok, Kelantan kelmarin ditemukan petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, mayat mangsa, Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, ditemukan pukul 3.20 petang.

Katanya, mangsa ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia (Maritim Malaysia) ketika membuat rondaan pesisir pantai, sekitar 1.4 kilometer daripada lokasi kejadian.

“Semasa melaksanakan rondaan, anggota Maritim Malaysia terlihat objek berwarna hitam terapung pada jarak 10 meter daripada pesisir pantai. 

“Anggota seterusnya terjun ke dalam air dan menarik objek yang disyaki mangsa yang sedang dicari ke darat,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Pengecaman dan pengesahan dibuat oleh adik mangsa, Muhammad Ashraf bin Mohd Azman, 24 tahun. 

Advertisements

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab untuk dibedah siasat.

Op Carilamat ini telah dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan melibatkan pelbagai agensi dengan kekuatan seramai 66 orang.

Dalam pada itu beliau berkata, Maritim Malaysia Kelantan mengucapkan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama agensi, nelayan dan orang awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi kali ini. 

“Maritim Malaysia Kelantan menasihatkan orang awam agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di pantai. 

“Sebarang kecemasan boleh hubungi MERS 999 atau laporkan terus ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Kelantan di talian 09-7780070,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan