29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Sheikh Jassim, Ratcliffe kemuka tawaran akhir beli United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUTAWAN Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani dilaporkan telah mengemukakan tawaran terakhir yang dianggarkan lebihi RM28 bilion bagi membeli Manchester United malam tadi.

Difahamkan tawaran tersebut disertakan bersama perjanjian bahawa beliau bersedia untuk menyediakan dana tambahan bagi perpindahan pemain dan pembangunan infrastruktur kelab.

Ini termasuk tambahan kapital dan pembangunan semula Old Trafford atau membina stadium baharu untuk kelab gergasi Inggeris tersebut.

Tawaran yang memecahkan rekod pembelian kelab sukan itu dilaporkan diterima pada pukul 10 malam waktu New York, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, bidaan usahawan Qatar itu dikatakan masih lagi tidak mencapai nilai RM33.7 bilion seperti yang ditetapkan pemilik kelab, keluarga Glazer.

Advertisements

Sheikh Jassim mahu kawalan 100 peratus terhadap kelab dan mahu membeli semua saham daripada keluarga Glazer dan pemegang saham.

Sementara itu, lawan Sheikh Jassim adalah Jim Ratcliffe yang juga merupakan penyokong tegar Red Devils.

Jutawan United Kingdom (UK) itu menawarkan diri untuk membeli lebih 50 peratus saham dengan opsyen membenarkan Joel dan Avram Glazer mengekalkan 20 peratus pemilikan saham dalam kelab.

Keputusan itu itu dilihat sebagai langkah kontroversi oleh penyokong United sekiranya pengambil-alihan berjaya.

Susulan itu, penyokong United merancang mengadakan protes pada perlawanan Ahad ini menentang Aston Villa di Old Trafford kerana mahu kelab dijual sepenuhnya berbanding opsyen lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan