26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Dua lelaki kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki warganegara Taiwan ditahan di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 20 April lalu kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua suspek ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika cuba masuk ke negara ini melalui penerbangan dari Taiwan.

Katanya, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada wakil polis negara semalam untuk dibawa pulang ke negara asal mereka.

“Kedua-dua suspek merupakan orang yang dikehendaki Polis Taiwan kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di Taiwan dan dipercayai merupakan ahli kongsi gelap serta sindiket scammer di negara itu.

“Mereka ditangkap susulan waran tangkap oleh pihak berkuasa Taiwan dan pembatalan pasport oleh kerajaan negara berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Tangkapan kedua-dua suspek dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 ketika tiba di balai ketibaan KLIA.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Taiwan.

“Kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait kedua-dua suspek di Malaysia.

“PDRM komited dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Langkah-langkah keselamatan akan diambil memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan