26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Isteri maut dilanggar suami ketika undur kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Taman Selasih di Kulim, Kedah, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 petang itu, suami mangsa tidak menyedari isterinya berada di belakang kereta dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata sebelum kejadian berlaku, hujan dikatakan lebat.

Beliau berkata, Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7 petang.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa keluar dari kereta berkenaan kerana tertinggal barang di dalam rumah.

Advertisements

“Suami mangsa yang berusia 60 tahun ketika itu mengundur kereta berkenaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri dan terlanggar kereta yang parkir di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mohd Redzuan berkata, pemandu kereta Proton Saga itu tidak cedera manakala isterinya yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta itu mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan