Thursday, June 4, 2026

Amaran ribut petir, hujan di Pahang, NS, Melaka, Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Pahang hujan hanya berlaku Kuantan, Pekan dan Rompin, Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor hanya di Mersing.

“Di Melaka melibatkan keseluruhan kawasan sementara di Sarawak meliputi Bintulu dan Miri (Subis),” kata kenyataan tersebut, hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sungguhpun begitu, MetMalaysia berkata, cuaca cerah diramal melibatkan hampir keseluruhan negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, sehingga jam 9 pagi tadi.

Sebelum ini, media melaporkan cuaca panas melanda negara ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya dengan catatan suhu hari­an sekitar 36 hingga 38 darjah Celsius. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan