26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Leclerc tempah petak utama GP Azerbaijan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc meraih petak utama bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Azerbaijan selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan sebentar tadi.

Leclerc bakal memimpin perlumbaan 51 pusingan pada Ahad nanti selepas memintas catatan masa juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen dengan kelebihan 0.188 saat (s).

Sergio Perez dari Red Bull mencatat masa ketiga terpantas sementara juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes akan memulakan perlumbaan di petak kelima selepas ketinggalan 0.974s.

Rakan sepasukan Hamilton, George Russel akan memulakan perlumbaan dari petak ke-11 selepas gagal melepasi sesi kelayakan kedua semalam.

Advertisements
Kedudukan grid pelumba bagi perlumbaan GP Azerbaijan pada Ahad nanti. Foto: F1

“Tugas selesai, terima kasih atas segalanya, kereta sangat bagus hari ini. Sangat baik apabila kita kembali di puncak,” kata Leclerc selepas perlumbaan.

Tidak seperti sesi ujian masa yang dibuat pada Sabtu, GP Azerbaijan menyaksikan waktu ujian itu dianjak ke Jumaat.

Ini bagi memberi laluan kepada sesi kelayakan dan perlumbaan sprint yang akan diadakan pada Sabtu.

Bagaimanapun, keputusan perlumbaan sprint tidak akan menjejaskan kedudukan petak bagi perlumbaan sebenar esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan