26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Cuaca buruk bagi tujuh negeri petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di negeri Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

“Di Pahang kawasan yang terlibat ialah Bentong, Maran, Pekan, Bera dan Rompin.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor,” katanya hari ini.

Tambahnya, kesemua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya bakal berdepan dengan cuaca buruk petang ini.

“Begitu juga beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dam Jempol,”jelasnya.

Selain itu, bagi kawasan di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Muar, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Baca juga:   Bayi perempuan cukup sifat ditemukan atas sofa

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan