33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Chelsea pecat Potter

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KESABARAN pemilik Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila memecat pengurus, Graham Potter susulan prestasi buruk dipamerkan kelab itu musim ini.

Potter yang dilantik kurang dari tujuh bulan lalu hanya mencatat 12 kemenangan daripada 31 atau 38.7 peratus sahaja.

Di bawah kendalian berbangsa Inggeris itu, Chelsea kini di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masih bersaing di peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Pemecatan Potter dibuat selepas kekalahan terbaharu Chelsea di laman sendiri kepada Aston Villa Sabtu lalu meletakkan Chelsea di kedudukan terburuk sejak era Roman Avramovich.

Menerusi kenyataan bersama Boehly dan Eghbali, Chelsea mengumumkan pemergian Potter selepas menyertai kelab London itu pada September 2022.

Advertisements

“Mewakili semua di kelab, kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan Potter ketika di Chelsea. Kami sangat menghormati beliau selaku ketua jurulatih dan individu. Beliau sentiasa profesional dan berintegriti, kami kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kami ada berbaki 10 perlawanan EPL dan suku akhir UCL. Kami akan berikan komitmen yang jitu dalam setiap perlawanan dan akan menghabiskan musim dengan keputusan yang hebat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tempat Potter akan digantikan sementara jurulatih, Bruno Saltor.

Chelsea berbelanja besar pada musim perpindahan Januari lalu apabila membawa masuk pemain baharu termasuk Mykhailo Mudry dan Enzo Fernandez dengan jumlah keseluruhan RM1.76 bilion.

Beberapa nama dikaitkan menggantikan Potter termasuk Julian Nagelsmann, Mauricio Pochettino, Zinedine Zidane, Luis Enrique dan Brendan Rodgers. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lagi anak Malaysia bakal catat nama pendaki puncak tujuh benua

SEORANG lagi anak Malaysia bakal mencatat nama sebagai Pendaki Tujuh Puncak Tertinggi Tujuh Benua Dunia jika berjaya menamatkan pendakian...

Lagi Artikel Berkaitan