28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Newcastle mudah atasi United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SAINGAN merebut tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Manchester United tumpas 2-0 kepada Newcastle United di St. James Park awal pagi tadi.

Segalanya tampak kurang menjadi buat skuad bimbingan Erik Ten Hag apabila tuan rumah lebih ghairah menyerang selepas merekodkan 22 percubaan berbanding enam okeh United.

Penjaga gol, David De Gea cemerlang menafikan beberapa percubaan Magpies termasuk tandukan Alexander Isak dan sepakan lencong Alain Saint-Maximin.

Gol yang dicari Newcastle menjelma pada minit ke-66 apabila Joe Willock menanduk masuk hantaran Saint-Maximin hasil daripada gerakan berpasukan menarik dicipta mereka.

Pemain gantian, Calum Wilson memastikan tiga mata penuh buat Magpies apabila menaduk masuk sepakan percuma Kieran Trippier pada minit ke-88 sekali gus menjadikan kemengan 2-0 untuk Newcastle.

Advertisements

Persaingan merebut empat teratas kini masih terbuka dengan dua slot sudah pastinya milik Arsenal dan Manchester City selepas jauh bersaing meninggalkan Newcastle di tangga ketiga.

Beberapa kelab lain yang masih berpeluang untuk slot ke Liga JuaraJuara Eropah itu selain United dan Newcastle adalah Tottenham Hotspurs dan Brighton Albion.

Satu lagi aksi EPL menyaksikan West Ham United menumpaskan pasukan tercorot liga, Southampton 1-0 untuk melonjak ke tangga ke-14.

Sementara itu, The Saints pula kekal di dasar liga dengan 23 mata selepas 29 perlawanan hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan di tangga ke-17, Leeds United. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan