32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rodgers bukan lagi pengurus Leicester

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BRENDAN Rodgers dipecat Leicester City selepas tewas 2-1 kepada Crystal Palace sekali gus berada dalam kedudukan bahaya berdepan penyingkiran divisyen.

Rodgers menjadi pengurus ke-11 dipecat di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Scott Parker di Bournemouth, Patrick Vieira (Palace), Antonio Conte (Tottenham Hotspus), Thomas Tuchel (Chelsea) dan Bruno Lage (Wolverhampton Wanderers).

Turut dipecat adalah Steven Gerrard (Aston Villa), Ralph Hasenhuttl (Southampton), Frank Lampard (Everton), Jesse Marsch (Leeds), Nathan Jones (Southampton) dan terbaharu yang ke-12, Graham Potter (Chelsea).

Difahamkan pemecatan Rodgers dibuat secara ‘persetujuan bersama’ selepas Leicester turun ke kelompok tiga terbawa dengan perlawanan berbaki 10 perlawanan.

Pengurus berbangsa Inggeris berusia 50 tahun itu mengambil-alih The Fox pada Februari 2019 dan meninggalkan kelab semalam bersama staf kejurulatihannya.

Advertisements

Ini termasuk jurulatih, Chris Davies dan Glen Driscoll sementara jurulatih penjaga gol, Mike Stowell dan jurulatih, Adam Sadler akan mengambil tugas mengendalikan sementara bagi aksi menentang Aston Villa esok.

Pengerusi kelab, Aiyawatt Srivaddhanaprabha berkata, Rodgers telah membuktikan kemampuannya sepanjang mengendalikan The Foxs.

“Kami merasai corak permainan yang menarik di bawah kendalian beliau dan bersyukur dengan apa yang telah dilakukannya sepanjang berada di kelab.

‘Di luar padang, Brendan menerapkan budaya yang positif di dalam kelab terutama ketika pandemik COVID-19 lalu. Tempatnya dalam sejarah kelab tidak akan terusik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rodgers dilaporkan tidak gembira dengan tindakan kelab yang enggan berbelanja bagi memperkuatkan pasukan pada musim panas lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan