25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Lapor KPDN jika peniaga jual ayam lebihi harga syiling

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dialu-alukan untuk melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat peniaga yang menjual ayam standard melebihi harga syiling.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan terus mengekalkan harga siling ayam bulat standard pada harga RM9.40 bagi setiap sekilogram sempena Ramadan dan Aidilfitri.

“Sekiranya ada peniaga yang menjual lebih daripada harga siling, boleh laporkan kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Sehubungan itu, antara kaedah yang boleh dibuat pengguna ialah menggunakan aplikasi whatsApp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000; Portal eaduan.kpdn.gov.my dan Pusat Panggilan 1-800-886-800.

Selain itu, pengguna juga boleh menghantar aduan melalui email [email protected]; Ez ADU KPDN dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, KPDN sentiasa mengadakan libat urus bersama KPKM (MAFS) serta pemain industri bagi memastikan keberadaan bekalan ayam mencukupi di pasaran.

-EDISI9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan