CHELSEA dan Liverpool sekadar berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kedua-dua kelab gergasi Inggeris itu tidak berada dalam prestasi terbaik musim ini gagal meledak sebarang gol selepas beberapa peluang keemasan gagal disempunakan.
Chelsea yang dibimbing pengurus interim, Bruno Saltor mengegar gawang The Reds dua kali namun kedua-dua gol itu dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kesalahan dalam jaringan tersebut.
Gol Reece James dibatalkan selepas rakan sepasukan, Enzo Fernandez dikesan berada dalam perangkap offiside sebelum jaringan tersebut.
Di babak kedua pula menyaksikan gol jaringan penyerang Jerman, Kai Havertz dibatalkan susulan bola terkena tangannya sebelum melantuk masuk melepasi kawalan penjaga gol, Allison Becker.
Keputusan ini Liverpool turun ke tangga kelapan sementara Chelsea kekal menghuni kedudukan ke-11 EPL selepas sekadar merekodkan 10 kemenangan daripada 29 perlawanan.
Sementara itu, aksi lain EPL pagi tadi menyaksikan Leeds bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Nottingham Forest 2-1 di Elland Road.
Leicester City yang beraksi dengan 10 pemain selepas Kiernan Dewsbury-Hall dibuang padang pada minit ke-70 tumpas 1-2 kepada Aston Villa di laman sendiri.
Dalam pada itu, Brighton Albion terus menghidup peluang layak ke kejohanan Eropah musim depan apabila menang 2-0 ke atas Bournemouth di Stadium Vitality sekali gus melonjak ke tangga kelima liga. – Edisi 9

