26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Terengganu FC belasah Kelantan FC 5-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC mencatat kemenangan terbesar mereka musim ini apabila membelasah Kelantan FC 5-0 dalam aksi ‘Derbi Pantai Timur’ Liga Super Malaysia malam tadi.

Skuad bimbingan turun tanpa dua tonggak import, Sardor Kulmatov dan Sony Norde namun kehilangan kedua-dua pemain berkenaan tampak tidak memberi kesan terhadap skuad Sang Penyu itu.

Tuan rumah mendahului dua gol dalam tempoh 21 minit pertama apabila Jordah Mintah meletakkan Terengganu FC di depan pada minit ke-15 sebelum penyerang Thailand, Adisak Kraison menjadikan kedudukan 2-0 enam minit kemudian.

Babak kedua menyaksikan Terengganu FC melebarkan kedudukan apabila meledak tiga lagi gol.

Ivan Mamut menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Muhammad Afiq Azuan dalam kawasan penalti.

Advertisements

Penyerang dari Crotia itu kemudian mencetak gol kedua peribadinya apabila menyudahkan hantaran silang Hakimi Abdullah dari sayap kiri untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Hakimi kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Terengganu FC pada masa kecederaan apabila berjaya melepasi perangkap offiside sebelum melepaskan satu rembatan leret melepasi penjaga gol, Nik Mohd. Amin Ahmad.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium MBPJ Petaling Jaya, Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1.

Pelawat berada di depan pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila pertahanan, Harold Goulon menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakan skuad Jang di depan.

Skuad Red Giants bangkit di babak kedua menerusi jaringan Faisal Halim pada minit ke-56 sebelum Shahrul Nazeem Zulkapli meledak gol kemenangan pada waktu kecederaan untuk memberikan tiga mata penuh untuk Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan